Pages

Tuesday, July 16, 2013

Ini Cerita Aku dan Dia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai ! Longgggggggggggg time no see yaa. Well, sejak jadi wanita bekerjaya ni, memang takda masa yang sesuai untuk update blog. Biasalah. Busy semedang dah. Bekerjaya #kononnya. Hahah takdalah. Sekarang ni kan tengah intern or industrial training or practical. Haa banyak 'or' dia. Hiks. Faham-faham jelah kalau orang bekerja. Walaupun praktikal je, tapi kerjanya mengalahkan permanent staff. Haihh sad life kan? Tapi takpelah. Tak lama pun lagi. Tinggal lebih kurang tambah tolak darab bahagi dalam 3 bulan setengah je lagi. Tak lama dah. Heww *ayat penyedap hati sesedap pati kiub ayam knorr* Pehh aku kalau bab mukadimah ni memang failed yee. Harap maklum. Sebenarnya nak cerita pasal lain. Tapi mukadimah lari topik. Heheh

Hari ini, 16 Julai 2013 merupakan tarikh penting. Tarikh dimana genap setahun kisah aku dan dia. Ya dia, Khilfi Hafiy bin Hilmi. Cerita bermula sekitar tahun 2008, form 3 masa tu. Tapi masa tu, dia je yang kenal aku. Aku? Langsung tak kenal dia. Tak percaya? Tapi, silalah percaya. Ini serious ! Aku memang sombong tak pernah habis dari dulu sampai sekarang. Bukti? Tanya dia. Ye, aku tak pernah kenal dia. Kitorang satu tempat tuisyen masa tu. Aku tak kenal dia sebab dia dari sekolah lain dan aku sekolah lain. Dia sekolah pandai. Aku sekolah biasa je. *Ayat rendah diri gila* Nak dijadikan cerita, aku kenal dia masa form 4. Masa dia couple dengan kawan baik aku. Tapi aku sekadar kenal dia macam tu je. Kenal biasa-biasa. Tau pasal dia dari kawan aku je. Lepas dia clash, adalah juga dia contact aku kat fb. Tapi kalau dah namanya sombong, memang layan nak tak nak jelah masa tu. Kesian dia. Kitorang jenis, contact, lost, contact, lost.

Masa baru-baru masuk poli, dia ada juga contact aku. Text, chat. Tapi aku balas biasa-biasa je. Entahlah. Masa tu busy study, so macam malas nak layan text yang biasa-biasa ni. Hiks. Dalam erti kata lain, dia memang dah lama mencuba, tapi belum lagi berjaya. Belum berjaya bukan sebab takda usaha, tapi sebab aku yang menyombong. Tanggal 28 Jun 2012, di Dominos Pizza bermula kisah. Kisah dimana semuanya berubah secara perlahan. Sedikit demi sedikit. Dan juga 30 Jun 2012, event GetUp Kluang. Lanyard pink glow in the dark yang menjadi pilihannya untuk diriku. Since that day, semakin hari semakin kerap kitorang contact each other. Aku rasa selesa dengan dia. Selesa dengan layanan yang diberi. Tiada satu pun yang menyakitkan hati masa tu. 

Aku mula sedar perasaan aku pada dia masa raya tahun lepas. Masa tu aku rasa macam lost sangat. Hilang something yang bermakna. Sehari sebelum raya, dia mula sepikan diri. Hilang. Dan hampir seminggu jugalah dia  menyepi sampai satu hari tu aku sendiri yang text dia. Hmm betapa rindunya aku kat dia masa tu, Tuhan je yang tau. Beraya sakan, sampai tak ingat aku. Dan dia cuma jejakkan kaki dia kat rumah beberapa jam sebelum dia balik Penang. Okay, dia study kat Penang. Jauh tak? Tak kan? Hmm. Tu yang sedih tu. Tau-tau je dah nak balik Penang. Sempat jugalah bom wall fb dia, wish take care. Hahai. Since that day, aku mula belajar untuk terima dia seadanya sebab aku tau dia akan dan dia boleh jaga aku. In shaa Allah. Tapi dalam pada masa aku belajar untuk terima dia seadanya tu, aku tetap menafikan perasaan aku kat dia. Tak tau kenapa. Sampailah suatu saat, aku dah tak boleh nafikan lagi. Betapa egonya aku masa tu. Hee setiap kali dia nak balik Johor, aku orang first yang eksaited nak tunggu dia balik. Dan masa tu aku memang eksaited sangat nak balik Johor. Hehehe tapi bila part dia nak balik Penang, aku yang akan balik Melaka dulu. Sebab aku taknak terasa sangat bila kena tinggal. Makan masa jugalah aku nak okay bila dia kena balik Penang tu. Heww XD Tapi untuk few months ni dia ada je kat Johor even dapat jumpa seminggu sekali. 

Penang-Melaka. Long distance relationship even still dalam Malaysia. Tapi untuk aku belajar ditinggalkan, agak payah. Taktau kenapa dan bagaimana, tapi itulah hakikat yang sebenar. Kitorang memang jarang jumpa. Dia jauh, tak mungkin dia boleh balik 2 minggu sekali macam aku dari Melaka balik Johor. Itu tak mungkin. Walaupun kitorang jauh, tapi kitorang tetap rasa dekat. Sebab segala masalah yang kitorang punya, kitorang akan kongsi dan cuba untuk selesaikan bersama. Gaduh? Tipu kalau cakap tak pernah gaduh. Gaduh tu lumrah. Tapi aku takkan boleh gaduh dan diamkan diri lama-lama dengan dia. Takkan boleh. Akan ada rasa something wrong somewhere je nanti. Lagipun gaduh selalu, gaduh lama-lama dapat apa? Got nothing right? Better elakkan gaduh tu.

Oh ! Btw, mesti pelik kan aku sedar aku sayang dia masa raya, tapi tarikh declared 16 Julai. Itu tarikh kami yang decided cause we all tak perasan pun bila we all declared. Aku sendiri tak sedar. Thats why kitorang pilih tarikh tu. Tarikh tu ada ceritanya yang tersendiri. Tarikh tak penting. Yang penting perasaan yang lahir dari hati yang ikhlas. 

Aku sayang kau sangat-sangat Khilfi Hafiy bin Hilmi ! Kita buddies, kita musuh, kita kawan bertekak, kita kawan gurau kasar. Semuanya kita dan In shaa Allah, kita takkan terpisah. Semoga segala apa-apa yang dirancang, dipermudahkan oleh Allah S.W.T.. Kau dah jumpa parents aku, aku dah jumpa parents kau.

Kau mungkin bukan yang pertama, tetapi aku harap kau adalah yang terakhir. Aku harap jodoh kita kekal hingga Jannah. In shaa Allah. 

Cerita Kau, Aku & Kita <3

Terima kasih untuk segala susah senang, suka duka. Kau tetap ada disisi setiap masa, 24 jam. Tak pernah jemu layan kerenah aku, layan bebelan aku yang tak pernah nak berhenti setiap kali jumpa dan on the phone. Terima kasih sayang! 

No comments: