Pages

Tuesday, July 16, 2013

Ini Cerita Aku dan Dia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai ! Longgggggggggggg time no see yaa. Well, sejak jadi wanita bekerjaya ni, memang takda masa yang sesuai untuk update blog. Biasalah. Busy semedang dah. Bekerjaya #kononnya. Hahah takdalah. Sekarang ni kan tengah intern or industrial training or practical. Haa banyak 'or' dia. Hiks. Faham-faham jelah kalau orang bekerja. Walaupun praktikal je, tapi kerjanya mengalahkan permanent staff. Haihh sad life kan? Tapi takpelah. Tak lama pun lagi. Tinggal lebih kurang tambah tolak darab bahagi dalam 3 bulan setengah je lagi. Tak lama dah. Heww *ayat penyedap hati sesedap pati kiub ayam knorr* Pehh aku kalau bab mukadimah ni memang failed yee. Harap maklum. Sebenarnya nak cerita pasal lain. Tapi mukadimah lari topik. Heheh

Hari ini, 16 Julai 2013 merupakan tarikh penting. Tarikh dimana genap setahun kisah aku dan dia. Ya dia, Khilfi Hafiy bin Hilmi. Cerita bermula sekitar tahun 2008, form 3 masa tu. Tapi masa tu, dia je yang kenal aku. Aku? Langsung tak kenal dia. Tak percaya? Tapi, silalah percaya. Ini serious ! Aku memang sombong tak pernah habis dari dulu sampai sekarang. Bukti? Tanya dia. Ye, aku tak pernah kenal dia. Kitorang satu tempat tuisyen masa tu. Aku tak kenal dia sebab dia dari sekolah lain dan aku sekolah lain. Dia sekolah pandai. Aku sekolah biasa je. *Ayat rendah diri gila* Nak dijadikan cerita, aku kenal dia masa form 4. Masa dia couple dengan kawan baik aku. Tapi aku sekadar kenal dia macam tu je. Kenal biasa-biasa. Tau pasal dia dari kawan aku je. Lepas dia clash, adalah juga dia contact aku kat fb. Tapi kalau dah namanya sombong, memang layan nak tak nak jelah masa tu. Kesian dia. Kitorang jenis, contact, lost, contact, lost.

Masa baru-baru masuk poli, dia ada juga contact aku. Text, chat. Tapi aku balas biasa-biasa je. Entahlah. Masa tu busy study, so macam malas nak layan text yang biasa-biasa ni. Hiks. Dalam erti kata lain, dia memang dah lama mencuba, tapi belum lagi berjaya. Belum berjaya bukan sebab takda usaha, tapi sebab aku yang menyombong. Tanggal 28 Jun 2012, di Dominos Pizza bermula kisah. Kisah dimana semuanya berubah secara perlahan. Sedikit demi sedikit. Dan juga 30 Jun 2012, event GetUp Kluang. Lanyard pink glow in the dark yang menjadi pilihannya untuk diriku. Since that day, semakin hari semakin kerap kitorang contact each other. Aku rasa selesa dengan dia. Selesa dengan layanan yang diberi. Tiada satu pun yang menyakitkan hati masa tu. 

Aku mula sedar perasaan aku pada dia masa raya tahun lepas. Masa tu aku rasa macam lost sangat. Hilang something yang bermakna. Sehari sebelum raya, dia mula sepikan diri. Hilang. Dan hampir seminggu jugalah dia  menyepi sampai satu hari tu aku sendiri yang text dia. Hmm betapa rindunya aku kat dia masa tu, Tuhan je yang tau. Beraya sakan, sampai tak ingat aku. Dan dia cuma jejakkan kaki dia kat rumah beberapa jam sebelum dia balik Penang. Okay, dia study kat Penang. Jauh tak? Tak kan? Hmm. Tu yang sedih tu. Tau-tau je dah nak balik Penang. Sempat jugalah bom wall fb dia, wish take care. Hahai. Since that day, aku mula belajar untuk terima dia seadanya sebab aku tau dia akan dan dia boleh jaga aku. In shaa Allah. Tapi dalam pada masa aku belajar untuk terima dia seadanya tu, aku tetap menafikan perasaan aku kat dia. Tak tau kenapa. Sampailah suatu saat, aku dah tak boleh nafikan lagi. Betapa egonya aku masa tu. Hee setiap kali dia nak balik Johor, aku orang first yang eksaited nak tunggu dia balik. Dan masa tu aku memang eksaited sangat nak balik Johor. Hehehe tapi bila part dia nak balik Penang, aku yang akan balik Melaka dulu. Sebab aku taknak terasa sangat bila kena tinggal. Makan masa jugalah aku nak okay bila dia kena balik Penang tu. Heww XD Tapi untuk few months ni dia ada je kat Johor even dapat jumpa seminggu sekali. 

Penang-Melaka. Long distance relationship even still dalam Malaysia. Tapi untuk aku belajar ditinggalkan, agak payah. Taktau kenapa dan bagaimana, tapi itulah hakikat yang sebenar. Kitorang memang jarang jumpa. Dia jauh, tak mungkin dia boleh balik 2 minggu sekali macam aku dari Melaka balik Johor. Itu tak mungkin. Walaupun kitorang jauh, tapi kitorang tetap rasa dekat. Sebab segala masalah yang kitorang punya, kitorang akan kongsi dan cuba untuk selesaikan bersama. Gaduh? Tipu kalau cakap tak pernah gaduh. Gaduh tu lumrah. Tapi aku takkan boleh gaduh dan diamkan diri lama-lama dengan dia. Takkan boleh. Akan ada rasa something wrong somewhere je nanti. Lagipun gaduh selalu, gaduh lama-lama dapat apa? Got nothing right? Better elakkan gaduh tu.

Oh ! Btw, mesti pelik kan aku sedar aku sayang dia masa raya, tapi tarikh declared 16 Julai. Itu tarikh kami yang decided cause we all tak perasan pun bila we all declared. Aku sendiri tak sedar. Thats why kitorang pilih tarikh tu. Tarikh tu ada ceritanya yang tersendiri. Tarikh tak penting. Yang penting perasaan yang lahir dari hati yang ikhlas. 

Aku sayang kau sangat-sangat Khilfi Hafiy bin Hilmi ! Kita buddies, kita musuh, kita kawan bertekak, kita kawan gurau kasar. Semuanya kita dan In shaa Allah, kita takkan terpisah. Semoga segala apa-apa yang dirancang, dipermudahkan oleh Allah S.W.T.. Kau dah jumpa parents aku, aku dah jumpa parents kau.

Kau mungkin bukan yang pertama, tetapi aku harap kau adalah yang terakhir. Aku harap jodoh kita kekal hingga Jannah. In shaa Allah. 

Cerita Kau, Aku & Kita <3

Terima kasih untuk segala susah senang, suka duka. Kau tetap ada disisi setiap masa, 24 jam. Tak pernah jemu layan kerenah aku, layan bebelan aku yang tak pernah nak berhenti setiap kali jumpa dan on the phone. Terima kasih sayang! 

Monday, July 15, 2013

I Did It ! #3

Assalamualaikum, 

Hai ! Maaf lama menyepi. Menyepi kerana mempunyai kekangan waktu untuk menaip mencurahkan segala cerita di sini. Maaf sekali lagi. Bukan sengaja. Ada juga niat nak update, tapi seperti yang dikatakan, mempunyai kekangan waktu yang menghalang daripada diri ini untuk menaip. Biasalah. Dulu bolehlah nak duduk menghadap blog ni doplohpat jam. Ada je masa nak menaip, nak mengedit blog ni kasi comel. Tapi sekarang? Buka blog sendiri pun sebulan sekali. Kahkahkah kesian.

Okay. Panjang mukadimah. Mari terus kepada point utama. Hmm dah sem 4 dah aku. Huyooo setahun lagi nak habis setadiii ! Best nya ! Lepas tu dah boleh kerja, kumpul duit, kumpul harta, boleh kahwin ! Kehkehkeh >,< Sekarang dah sem 4, maknanya aku sedang intern sekarang ni. Atau kata lain menjalani latihan industri. Taktau juga? Haa praktikal. Senang. Hahah ! So,  how my practical? Hmm malas nak cerita sini. Sekarang ni nak cerita result sem 3 je. Cerita praktikal tu, tunggu lain entry ekk. Boleh ke tidak? Haa mestilah boleh, ye dak? Hee ;')

So, result sem 3 sedikit mengecewakan. Sikit jelah. Sebab aku memang dah target apa yang termampu. Aku tak target tinggi dan aku tau kat mana kemampuan aku. Macam mana yang aku study, macam tulah yang aku dapat kot. Bukan tak usaha, ada usaha. Tapi seperti yang sedia maklum, aku memang jenis study last minute punya orang. Tak boleh study awal-awal. Memang takkan masuk. Aku dah pernah try banyak kali, masih tak berjaya. Hmm

Lahh tunggu result aku ek? Haa nah tengok dah berzaman punya result, baru sekarang nak tunjuk. Kahkahkah


Hamekau gedabak terus aku pampang result aku. Hew XD Ye result sem lepas menurun sikit. Macam ni yang aku belajar, macam ni lah yang aku dapat. Alhamdulillah, bersyukur sangat dah 3 sem, belum ada lagi yang repeat. Beryukur sangat ! In shaa Allah akan kekalkan untuk tiada repeat and tingkatkan pointer. In shaa Allah, semoga dipermudahkan. 

To those yang ada repeat paper, jangan cepat mengalah. Ada lagi 2 sem, boleh try harder. In shaa Allah. Jatuh sekali, bangun untuk kali kedua. Jatuh dua kali, bangun untuk kali ketiga. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Takda apa dalam dunia ni yang senang. 

Good luck ! Chiawww~

Wednesday, December 12, 2012

I Did It ! #2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini 12.12.12. Cantik tarikh tu kan? Well, apa ada pada tarikh tu kan? Nothing special. It just a date. Okay, DATE. Haaa tu diaaa. Ehehe ;') Eh motif aku update blog harini bukan nak cerita pasal tarikh yang cantik ni. Aku nak cerita pasal result aku sebenarnya. Yaa result yang baru je keluar kelmarin, Isnin 10.12.12 haritu. The day which is hari yang sangat "Apelah result aku nanti? Pointer macam mana? Ada repeat paper tak? Ahh janganlah ada repeat paper. Tak nak ! Tak sanggup !" Haa macam tulah. Hehehe. Tak tenang nak tidur malam tuu.

Tepat pukul 12 tengah malam 10.12.12, masing-masing sibuk masuk portal rasmi poli masing-masing untuk check result. Aku malas nak check awal-awal sebab aku tahu line busy gila masa tu. Masing-masing berpusu-pusu masuk nak check. Daripada aku sakit hati check awal-awal, baik aku tidur walau sebenarnya tak boleh nak lena. Hahah ! Then pagi-pagi lepas subuh barulah aku check. Itu pun nak kena refresh reload dekat doploh kali oii ! Ohh sakitnya hati. Hahah :D Kesianlah si Aiman ni kena dengar aku membebel kat whatsapp. Memang dia je selalu dengar aku membebel kalau ada benda aku tak puas hati. Heheh terima kasih Mann.

So, lets check it out my result for this sem !

Takde apa pun yang nak dibanggakan sebab rasa macam teruk gila result aku untuk sem ni. Pointer jatuh. Daripada 3.09 --> 2.96. Jatuh sebanyak 0.13 anak tangga. Wahh dah macam carta muzik-muzik lah pula. Hahah ! Apa yang di target, tak tercapai. Memang seriously aku sedikit kecewa masa tu dan sampai sekarang. Tapi aku takleh tunjuk yang aku pun down sebab ada 3 orang yang aku sayang lebih down daripada aku. Aku bersyukur dengan result sem ni sebab semua lulus and aku takde paper repeat. Alhamdulillah. Bersyukur sangat walaupun sedikit kecewa. Takpe, nanti sem depan kan boleh cuba lagi. 

Tapi. Haa ada tapi nya tuu. Hahah kenapa Financial Accounting 1 (FA1) aku C? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Hmm itu yang buat aku kecewa sebenarnya. Aku memang tak target langsung Account aku akan jadi C. Hmm nak kena hadap FA2, FA3 and FA4. Ada 3 lagi FA nak kena hadap. UBS, Taxation and Auditing lagi. Law lagi. Hmm janganlah sampai aku give up. Yee kena kuat. 3N kena kuat. Takde enjoy lagi untuk sem depan. Ni kes banyak enjoy lah ni. Tu yang result semua kelawot tuu. Haihhh.

Hmm dah jangan mengeluh. Tak baik mengeluh tauu. Bersyukur. Bukan kau sorang je yang result teruk. Ada lagi yang lebih daripada kau. Sama-sama kuatkan azam, cekalkan hati, gigih berusaha, sentiasa semangat dan yakin pada diri untuk tetap tabah menghadapi liku-liku hidup sebagai pelajar. *Semua nama jalan kat T6 ni aku sebut. Hahah*

K dahh. Sebelum makin banyak aku menyanyah, baik aku tamatkan entry ini dengan sekian terima kasih. Ohh kalau nak tengok result aku masa sem 1, ni diaa ;)

Kbye, Chiaoo :*